Pengenalan

Gerbang Gerbang Online

Penglibatan Rakyat.

GO-MBDK dibangunkan bagi mengalakkan perhubungan dan juga penglibatan rakyat secara langsung dalam mencapai maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang dengan tepat dan pantas.

Perkhidmatan MPK.

Ia juga membolehkan rakyat mendapatkan perkhidmatan daripada MPK melalui platform pesanan umum yang pelbagai seperti Messenger, Short Messaging Services (SMS), Email dan portal chatbot.

Maklumbalas Rakyat.

Portal ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat sebagai pelanggan MPK dalam membentuk satu hubungan yang lebih erat di antara rakyat dan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Yang Dipertua Majlis Bandaraya Diraja Klang

YBrs. Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin

Inisiatif Majlis Bandaraya Diraja Klang membangunkan GO-MBDK adalah untuk kemudahan rakyat sesuai dengan pengertian GO-MBDK itu sendiri iaitu singkatan ‘Gerbang Online Majlis Bandaraya Diraja Klang’. Ia merupakan satu platform digital bersepadu dalam menyalurkan maklumat dan menjalinkan hubungan erat antara MPK dan Rakyat.

Menyedari penggunaan Smart Phone sebagai keperluan utama, MPK mengambil langkah proaktif menyediakan GO-MBDK sebagai gerbang digital berorientasikan rakyat yang menawarkan capaian maklumat dan perkhidmatan MPK secara mobile.

GO-MBDK ini menggunakan teknologi Cloud Infrastructure yang ditawarkan oleh Microsoft dan merupakan produk transformasi digital ke arah pemerkasaan sistem penyampaian perkhidmatan MPK yang efisien, inovatif dan berkualiti kepada rakyat. Ianya seiring dengan hasrat MPK memodenkan perkhidmatan ICT berasaskan penglibatan rakyat (Citizen Enggegement) dalam melaksanakan inisiatif kerajaan digital dan mendokong inisiatif Smart City kerajaan negeri Selangor.

Saya berharap usaha murni untuk rakyat dan sokongan daripada Microsoft ini benar-benar dapat dimanfaatkan oleh rakyat khususnya komuniti Klang dan mudah-mudahan akan dapat memberi impak yang baik kepada kedua-dua belah pihak, MPK dan Rakyat.